Saturday 6 January 2018

Anak Kurang Selera Makan

sumber: serotothree.org


Anak-anak ni memang macam-macam ragamnya kan? Ada yang mudah diurus, ada juga sebaliknya. Yang paling mencabar nak uruskan anak-anak yang tak suka makan. Susaahhhhnya lahai nak pujuk dia makan. 

'Saya risau bila dia tak cukup makan, berat badan dia susah betul nak naik. Risau dia tak membesar seperti kawan-kawan sebayanya.'

'Susahnya nak suruh anak saya makan. Dia nak susu je. Makan tak nak. Penat nak kejar, nak suap dia makan'

Ini antara rungutan ibu-ibu yang ada masalah anak kurang selera makan.

Mengikut Penulis Buku 'Sayang, Marilah Makan' kanak-kanak yang berumur 2 hingga 5 tahun sering memilih makan. Kerana pada waktu ini, anak sedang membesar dan sibuk belajar mengenali perkara baru hingga makanan tidak menjadi tumpuan mereka.

Dalam erti kata lain, anak-anak kita ini, ada sahaja idea dan aktiviti nak dibuat. Makanan tu dah jatuh nombor 2. Asalkan dapat main, buat aktiviti, tak makan pun tidak mengapa.

Jom kita tengok apa punca anak susah nak makan.


  • Anak lebih banyak diberi susu formula berbanding susu ibu. Kajian menunjukkan, bayi yang diberi susu ibu dapat menerima pelbagai rasa makanan daripada makanan yang dimakan oleh ibu melalui susu.  
  • Anak lambat diberikan makanan pejal. Tahukah ibu, tepat umur 6 bulan bayi seharusnya dikenalkan dengan makanan pejal. Bukan seawal usia 4 bulan atau lewat sehingga mencapai usia 8 bulan. Pada usia 6 bulan, anak sudah bersedia untuk menerima makanan lain selain daripada susu. Ususnya juga telah matang pada usia ini.
  • Kurang kepelbagaian makanan yang diberikan juga menyebabkan anak memilih makanan. Anak hanya mahu makanan yang biasa dimakan sahaja dan sukar mencuba makanan baru.
  • Anak yang terlalu kerap minum susu juga akan sukar untuk makan. Semasa usia 6 bulan, makanan membekalkan 1/3 keperluan harian anak dan keperluannya meningkat selepas usianya setahun. Berdasarkan pengalaman saya, ada anak yang minum susu 30 minit sebelum waktu makan utama, 9 oz pula. Dengan usianya baru 1 tahun, kapisiti ususnya kecil sahaja. Lantas, bagaimana anak mahu makan nasi selepas itu? Cuba ibu minum 2 gelas air sebelum makan tengahari, pasti dah tak berselera nak makan nasi kan?
  • Suasana makan yang tidak kondusif dan ceria juga mengganggu selera makan anak. Anak biasanya mahu cuba makan sendiri, akibatnya banyak tertumpah dan dimarahi.
  • Pengalaman buruk semasa makan contohnya muntah, tercekik atau sakit perut juga menyebabkan anak takut untuk makan.
  • Ada juga anak kategori manja, hanya inginkan perhatian ibu ayah. Ini ibu ayah perlu beri lebih perhatian ya. Terutamanya ibu ayah yang sibuk bekerja dan anak ditinggalkan di nurseri/ pengasuh. Cara anak inginkan perhatian tidak sama. Jadi fahamilah anak kalian ya.



Mahukan lebih banyak info berkenaan anak kurang selera/ cerewet makan? Follow  https://diarimamauntukmama.blogspot.my/ untuk info seterusnya. Stay tuned!

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2018 Diari Mama. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.