Sunday 28 January 2018

Nuget Untuk Sarapan Pagi dan Bekal ke Sekolah?

Assalamualaikum

Seingat N, masa awal buka sekolah haritu, banyak keluar di berita perihal anak-anak di sekolah. Terutama semasa segmen tajaan M*** 

Ada ramai anak dan ibu ayah yang ditemubual. Tahniah diucapkan kepada ibu ayah yang rajin bangun awal untuk sediakan makanan dan bento untuk anak- anak. Tidak semua ibu bapa berkesampatan untuk menyediakan sarapan dan bento ini. Tapi N agak ralat apabila ada anak dan ibu ayah maklumkan nugget sebagai sarapan pagi / bekal ke sekolah. N berpendapat nuget bukanlah pilihan tepat kepada anak-anak. Ini pendapat N, mungkin ada ibu ayah yang tak setuju.

Nuget adalah salah satu makanan yang dilarang penjualannya disekolah. Ada 13 jenis makanan yang tak boleh dijual dikantin sekolah mulai 2018 antaranya sosej, nuget, bebola, daging burger, filet ikan. Kalau dulu, makanan ini hanyalah tidak digalakkan dijual tapi kini telah dilarang. Pihak KKM kini serius untuk membendung masalah kesihatan ini bermula sejak kanak-kanak lagi kerana semakin ramai rakyat Malaysia yang menghidap pelbagai penyakit termasuklah diabetes, jantung, darah tinggi, strok dan hiperlipidemia.

Mungkin ada berpendapat, tiada salahnya menjual makanan ini sebab anak-anak suka. Dan ini juga mengutungkan pihak pengusaha kerana banyak permintaan. Sebenarnya, makanan ini sangat tak berkhasiat. Banyak MSG, garam, pengawet dan pewarna. Contohnya nuget dan sosej, agak-agak berapa banyak isi ayam di dalamnya? Dan boleh dibeli dengan murah pula. Biasa ibu-ibu beli ayam sekilo dah berapa rm kan? Selain itu, makanan diproses ini sangat tinggi kandungan garamnya dan tidak digalakkan kepada pesakit darah tinggi. Pihak pengusaha boleh mempelbagaikan menu jualan agar anak mempunyai lebih banyak pilihan di sekolah.

Usaha membuat sarapan dan bekal anak wajar diteruskan. Cuma rancanglah menunya agar lebih berkhasiat dan disukai oleh anak-anak. Mungkin boleh disiapkan sedikit bahannya pada waktu malam, pagi esok boleh terus masak. Bekalkan juga sebotol air kosong ke sekolah. Walaupun di sekolah biasanya ada dijual air manis, namun ada baiknya dibawa air kosong. Sekurang-kurangnya, anak hanya membeli 1 cawan air manis, dan akan minum bekalan air kosongnya.

Selalulah bertanya pada anak perihal dirinya di sekolah. Bukan hanya bertanya apa yang diajar oleh guru, tetapi tanyalah jua apa yang dibeli semasa rehat di sekolah.

Sementara anak-anak masih dalam kawalan ibu ayah, bimbinglah mereka untuk membuat pilihan yang bijak. Dan tarbiah terbaik adalah bermula dari rumah. Jika ibu ayah sudah lama memperkenalkan makanan seperti seperti burger, sosej atau nuget sejak mereka kecil, bertindaklah sekarang. Kurangkanlah kekerapannya. Atau jika berdaya, boleh dibuat sendiri. Sekarang zaman serba canggih, apa sahaja maklumat boleh dapat di laman sesawang. 

Insyaallah. Moga Allah mengganjari setiap usaha yang dilakukan demi kesihatan anak-anak kita.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2018 Diari Mama. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.